Alif Ba Ta
Alif Ba Ta

Alif Ba Ta


Kumpulan Alif Ba Ta merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini khusus mengajar kanak-kanak mengenal dan mengaji Quran mendapat sambutan hangat di pasaran sehingga mencecah jualan menghampiri angka 150,000 unit. Sebelum ini album kanak-kanak bagaikan terkeluar daripada agenda syarikat rakaman yang lebih banyak memberi tumpuan kepada album bercorak komersial di pasaran.Kejayaan Wayang Tinggi Entertainment (WTE) menerbitkan album Iqraq-Alif Ba Ta bagaimanapun membuka mata semua pihak apa yang dihasilkan untuk kanak-kanak juga mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri.Kejayaan tersebut telah mendorong pihak Wayang Tinggi Entertainment menerbitkan album kedua kumpulan Alif Ba Ta yang di pasarkan pada Ogos. Album berjudul Alif Vol. 1 ini merupakan kesinambungan kepada usaha mereka sebelum ini yang membawa kanak-kanak mengenal dan mempelajari Muqadam. Album itu dijual secara pakej yang mengandungi set kaset, cakera padat dan buku panduan mengaji dengan harga RM19.90. Pihak Wayang Tinggi Entertainment menganggap ia sebagai satu sumbangan kepada masyarakat. Meskipun album berkenaan mendapat sambutan menggalakkan di pasaran, Wayang Tinggi Entertainment tidak mendapat keuntungan yang maksimum kerana harganya dijual secara lebih murah dan dalam bentuk pakej.

Alif Ba Ta

Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Berasal dari Malaysia
Pengkarya berkait Berkumpulan
Tahun aktif 1990-an